Tapi boyfriend kita cakap, lagi baik kalau kita jumpa cikgu kaunseling dulu, mintak pendapat dia :) Hahh ada point di situ Muehehe tapi bila ntah nak pergi, yang tu je aku tak tahu -.-
Pilihan 1: UTM-Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)
Pilihan 2: UTM-Diploma Kejuruteraan Elektronik
Pilihan 3: UiTM-Diploma Sains Komputer
Pilihan 4: UiTM-Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
So nampak kan UTM tu menjadi pilihan utama ? Sebab ayah aku suruh and and anddd boyfriend aku pun mohon UTM :"> Hahaha tapi tak tahu lagi dapat ke tk kan, bergantung kepada rezeki :) tapi yang merunsingkan sekarang ni, aku tk tahu nak pilih antara engineering dengan sains komputer Haihh korang pun rasa macam aku rasa ? tk tahu mana yang terbaik ? Jom kita buat Solat Istikharah :)
Ye, aku mengaku, aku tk tahu sangat Solat Istikharah ni macamana, tapi kalau kita tk tahu bukan bermakna kita tk boleh buat kan, belajar lah :) so here, cara cara nak mengerjakan Solat Istikharah :)
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Niat :
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu) :

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita :)



0 comments:
Post a Comment