Aku memang tengah ada ulser dekat mulut ni Haish! Tak suka tau I, tapi nak buat macamanoo, kena redhoo okay redho. Ada sesiapa tak tahu ulser mulut ni apa kebendanya ? Kalau tak tahu pergi google sana, kan bagus google pasal kesihatan ni semua, jangan asyik google bukan bukan je engkoo ni
Antara pantang larang yang kita perlu jaga time kena ulser mulut ni kann, hah bacoo lah sendiri Hehe :p tapi jangan setakat baca je okay, make sure amalkan, especially untuk kawan aku (Nur Ezyan Syamin) Hahaha
1. Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
2. Kurangkan air berasid.
3. Gunakan antiseptik untuk berkumur.
4. Letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi. (Wah macam iklan pulak Haha)
5. Letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
6. Minum air dengan banyak. (Wajibun!)
7. Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion. (Muahaha)
8. Ambil mineral zink dan zat besi.
9. Tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
10. Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
11. Untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
12. Pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yogurt) mungkin boleh membantu.
Tapi kalau ulser mulut kau asyik tak baik jeee, madah nak ada jee disarankan agar kau teruskan membaca :)
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya:
1. Ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
2. Ulser berdarah.
3. Tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.
Ada jugak petua petua yang aku sempat google kan untuk amalan kita bersama, baca woyy! Haha (lempang) -.-
Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit, bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan. (wahh nampak sangat copy and paste ni HAHAHA)
Ada jugak yang gunakan air garam eh ? Fuhh pedihhh pedih, memang hebat lah kau kalau kau tahan sakit sebab kena kumur dengan air garam, kalau aku kumur dengan air garam elak aku terus telan air garam tu, memang bersih perut aku Haha aku selalu guna bonjela je bukan benjola eh Hehe


13 comments:
kita selalu kene makan ikan , terima kaseh bg tips ehh wak :D
kalau ulser memang sgt sakit.
haihh mula susah hati dah ni. rasanya ulser i kalau jadi macam besar ahaha
a ahh sangatt -.-
Haha kalau nak selamat boleh jumpa dokter :)
Haha nanad :) teruja nanad comment entry sebab sebelum ni jadi silent reader blog nad sebab blog nad sgt comels okeyyyy >.< Hee yelaa nad kan release tension dgn usya html codes sbb tu blog comels :D btw , sorryyy ^^
Hehehe thanks wak sbb baca blog kita :)
memang sakit kene ulser mulut , kite kne ulser mulut kt lelangit . sakit ye nak makan . thanks bg tips :)
err err kite kan...
suke jalan mudah
kite gigit je mende alah tuuu.hihi.
pehh dkt lelangit ? seksa tuu Haishh yeahh welcome :) kita bg tips pun sbb kita tengah kena Hehe :p
awak gigit ulser tu ? pehhh pedih kott Hehe kuat lah awak nii :D
ehem,aku selalu kene x keco pun :P HAHAHAAHA
sebab kau selalu kena lah aku post ni, kau nampak tak ada nama kau tu ? Haha
Post a Comment