Monday, January 23, 2012

Rasa rindu.

Iye. Aku rindu. Rindu nak buat beberapa perkara. Rindu dekat beberapa orang yang jauh. Kalau dalam kawasan yang sama tapi tak bertegur pun kira orang yang jauh. Sebab suatu masa dulu pernah menjadi orang yang sentiasa dekat dengan kita.

1) Sekolah
Seriously, rindu gila nak jadi budak sekolah. Ini serious. Kau tahu tak alam persekolahan adalah alam yang paling best. Nanti dah masuk universiti kena act matured, act like a big girl don't cry (ok ni tiba tiba). Masuk universiti bukan lagi digelar 'pelajar'. Masuk universiti dah digelar mahasiswa/siswi. Tahukah anda mahasiswa/siswi tu dipandang tinggi oleh masyarakat? Bukan nak berlagak, cuma nak ingatkan yang mahasiswa/siswi ni kena jaga adab, jaga diri dalam masyarakat.

Kalau budak sekolah, takde siapa kisah kau nak berperangai macam mana pun. Bestnya. Untunglah budak sekolah. Kau pakai tudung macam mana pun, stokin pendek mana pun, takde orang kisah. Eh, ada. Cikgu pengawas je yang kisah. Hahaha. Sekolah aku dulu semua perempuan tau, seronok. Sebab tu aku rindu sekolah.. Sebab universiti takde yang semua nya perempuan. Semua campur lelaki dan perempuan. Seperti rusa masuk kampung. Eh.

2) Kawan
Wuu wuu, jangan lah sentuh pasal kawan. Aku sangat merindukan kawan kawan aku. Ya, kawan sekolah aku. NAFAS, SSS dan 5TM'10. Aku rindu korang. Korang rindu aku ke tak ni. Kenapa sepi je semua. Busy eh? Jangan nak kahwin senyap senyap sangat lah kan. Haha. See, ini lah insan yang aku rindu. Ceh ayat nak A+.


Ni namanya Siti Sarah Syazana. Ya, kita dua tengah ada konflik. I don't care. I just want to say that I miss you :')


And here, they are my dearest NAFAS. Actually tak cukup NAFAS pun. Ada lagi sorang tertinggal. Tadaaa

Baru lepas lari terus ambil gambar dengan dia. Dia dah biasa dah bau peluh aku Hahaha. Syu, aku rindu sangat dekat kau.


Ni lah 5TM'10. Tapi ni separuh je. Ada lagi separuh segan nak ambil gambar Hewhew. Aku takde dalam gambar sebab aku lah tukang ambil gambar.

Kalau nak cakap pasal kawan, sampai esok tak habis eh. Yang penting aku rindu ok. Miss all of chu :*

3) Holiday
Pergi holiday pun nak rindu. #punboleh aku ni. Dah lama tak pergi bercuti kau tahu tak. Aku ni bukannya cuti lama pun. Ok aku punya course 2 tahun setengah. Memang lah ada short sem kan. Memang tak cuti 2 bulan lah jawabnya. Takpe *mukaredha.jpg*

Rindu nak pergi bercuti dekat Port Dickson dan Langkawi. Aku memang suka tempat yang berpantai dan berpulau ni. Boleh tenangkan fikiran. Aku memang jarang pergi overseas untuk holiday. Bukan jarang, memang tak pernah. Hewhew. Tunggu lepas diploma lah, aku pergi holiday dengan kawan kawan. Tu pun kalau boleh...

Eh, dekat Johor Bahru ni memang takde tempat yang menarik eh. Nak harapkan Legoland. Memang tunggu aku dah kerja ah kan. Ada duit sendiri baru boleh pergi -.-'

4) Umi ayah
Dah ada dekat rumah pun still rindu umi dan ayah. I mean layanan diorang dekat aku. Aku sudah tidak dimanjakan lagi. Tidaaaakk! *sadface.jpg* Ayah cakap dia tak nak hantar aku ulang alik pergi universiti lagi. Dia nak aku drive pergi balik sendiri. You know what I feel now? Seriously, aku dah besar :'O Tapi besar besar aku pun, ayah ada bagi 'hadiah' sempena kejadian aku yang semakin membesar ni. Apahal ayat nak peliks doh. Thank you ayah thank you ayah! Kembang kempis hidung aku dibuatnya bila bau plastik nanti. Jangan nak poyo sangat. Eh?

0 comments: